Saturday 29 December 2012

Kewujudan TUHAN ;)

Pada suatu hari ada seorang lelaki datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk menggunting rambutnya , dia menunggu di tempat menunggu oleh kerana pada hari itu pelanggan di kedai itu agak ramai. Setelah beberapa minit , tukang gunting pun memanggil nya .
   " Encik, mahu potongan macam mana?" kata si tukang gunting.
 " saya mahu potong nipis di bahgian tepi dan belakang, dan potong pendek di bahagian atas" jawap lelaki tersebut.
 " baiklah kalau begitu" si tukang gunting itu pun mengiyakan kata-kata lelaki itu.
Sewaktu menggunting rambut lelaki itu, datang seorang lelaki miskin yang kotor , busuk , dan berambut panjang. Tujuan lelaki miskin itu datang ke kedai gunting rambut tersebut adalah untuk meminta sedekah .
    " Encik, berikan saya sedikit wang , saya sudah tidak makan 3hari" kata lelaki miskin itu kepada tukang gunting.
    " Tidak boleh, pergi!, pergi! jangan datang ganggu saya" balas tukang gunting dengan marahnya kepada lelaki miskin tersebut . Setelah dimarahi ,lelaki miskin itu pun berlalu pergi.
   " Encik , boleh saya tanyakan sesuatu? " kata tunkang gunting kepada pelanggan lelaki tadi.
  "apa, silakan tanya" jawap lelaki tersebut .
   " Kamu percaya pada kewujudan TUHAN?" tukang gunting itu bertanya.
 "Sudah pasti saya percaya, kenapa kamu bertanya?" jawap lelaki tersebut.
"Saya tidak percaya pada kewujudan TUHAN" tukang gunting itu berkata.
pelanggan itu berasa hairan dan terus bertanya kepda tukang gunting , "mengapa?"  .
 " Kamu boleh lihat sahaja tadi, Lelaki miskin itu, dia tiada wang , tiada makanan untuk dimakan, jika TUHAN itu wujud mengapa dia tidak menolong Lelaki miskin itu?"
Lelaki tadi itu senyap apabila dia mendengar kata-kata tukang gunting itu , lantas dia bangun dari kerusi itu .
"Kamu mahu pergi mana?" tanya si Tukang gunting itu.
Lelaki tadi tidak menjawap pertanyaan si tukang gunting, dia membuka pintu kedai itu dan menjerit " Tukang gunting tidak wujud! , Tukang gunting tidak wujud! ," dia menjerit ayat tersebut berulang kali di luar kedai di hadapan orang ramai.
  Tukang gunting itu berasa hairan dan aneh terhadap pelanggannya, dia pun bertanya ,
   "mengapa kamu menjerit dan mengatakan bahawa saya tidak wujud? , sedangkan saya berada dihadapan kamu".
 " Tadi ada lelaki miskin datang meminta sedekah, rambutnya panjang tidak terurus , jika tukang gunting itu wujud, mengapa rambutnya masih panjang?" lelaki itu pun menjawap pertanyaan tukang gunting itu.
"Bagaimana saya mahu memotong rambutnya jika dia tidak datang meminta untuk memotongnya dan meminta khidmat saya?" kata tukang gunting itu.
"Ya kamu bijak, begitu jugak TUHAN, bagaimana dia mahu menolong hambaNya yang tidak pernah meminta pertolongannya dan tidak selalu berdoa kepadanya" jwap lelaki itu.


No comments:

Post a Comment