Sunday 30 December 2012

Saturday 29 December 2012

Kewujudan TUHAN ;)

Pada suatu hari ada seorang lelaki datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk menggunting rambutnya , dia menunggu di tempat menunggu oleh kerana pada hari itu pelanggan di kedai itu agak ramai. Setelah beberapa minit , tukang gunting pun memanggil nya .
   " Encik, mahu potongan macam mana?" kata si tukang gunting.
 " saya mahu potong nipis di bahgian tepi dan belakang, dan potong pendek di bahagian atas" jawap lelaki tersebut.
 " baiklah kalau begitu" si tukang gunting itu pun mengiyakan kata-kata lelaki itu.
Sewaktu menggunting rambut lelaki itu, datang seorang lelaki miskin yang kotor , busuk , dan berambut panjang. Tujuan lelaki miskin itu datang ke kedai gunting rambut tersebut adalah untuk meminta sedekah .
    " Encik, berikan saya sedikit wang , saya sudah tidak makan 3hari" kata lelaki miskin itu kepada tukang gunting.
    " Tidak boleh, pergi!, pergi! jangan datang ganggu saya" balas tukang gunting dengan marahnya kepada lelaki miskin tersebut . Setelah dimarahi ,lelaki miskin itu pun berlalu pergi.
   " Encik , boleh saya tanyakan sesuatu? " kata tunkang gunting kepada pelanggan lelaki tadi.
  "apa, silakan tanya" jawap lelaki tersebut .
   " Kamu percaya pada kewujudan TUHAN?" tukang gunting itu bertanya.
 "Sudah pasti saya percaya, kenapa kamu bertanya?" jawap lelaki tersebut.
"Saya tidak percaya pada kewujudan TUHAN" tukang gunting itu berkata.
pelanggan itu berasa hairan dan terus bertanya kepda tukang gunting , "mengapa?"  .
 " Kamu boleh lihat sahaja tadi, Lelaki miskin itu, dia tiada wang , tiada makanan untuk dimakan, jika TUHAN itu wujud mengapa dia tidak menolong Lelaki miskin itu?"
Lelaki tadi itu senyap apabila dia mendengar kata-kata tukang gunting itu , lantas dia bangun dari kerusi itu .
"Kamu mahu pergi mana?" tanya si Tukang gunting itu.
Lelaki tadi tidak menjawap pertanyaan si tukang gunting, dia membuka pintu kedai itu dan menjerit " Tukang gunting tidak wujud! , Tukang gunting tidak wujud! ," dia menjerit ayat tersebut berulang kali di luar kedai di hadapan orang ramai.
  Tukang gunting itu berasa hairan dan aneh terhadap pelanggannya, dia pun bertanya ,
   "mengapa kamu menjerit dan mengatakan bahawa saya tidak wujud? , sedangkan saya berada dihadapan kamu".
 " Tadi ada lelaki miskin datang meminta sedekah, rambutnya panjang tidak terurus , jika tukang gunting itu wujud, mengapa rambutnya masih panjang?" lelaki itu pun menjawap pertanyaan tukang gunting itu.
"Bagaimana saya mahu memotong rambutnya jika dia tidak datang meminta untuk memotongnya dan meminta khidmat saya?" kata tukang gunting itu.
"Ya kamu bijak, begitu jugak TUHAN, bagaimana dia mahu menolong hambaNya yang tidak pernah meminta pertolongannya dan tidak selalu berdoa kepadanya" jwap lelaki itu.


Friday 16 March 2012

Cute muffins ;)

Firstly bangun tido terus ke dapur,bau sesuatu kat dapur.. rupa2 nya ibu buat cupcakes kecik2 ni.. Ibu cakap ada orang tempah 500 bungkus. She asked me for help her, as usual tolong makan ada la.. lepas bakar , aku tengok cute pulak mini cupcakes ni. ehee sbb tu ambik gmbar..

Monday 13 February 2012

Sabda Baginda :)

Sabda Rasulullah : "Tahu kenapa umatku begitu disayangi dan diutamakan jalan ke syurga Allah? Kerana di akhir zaman itu, dikabur mata dengan kemewahan berganda, hiburan yang menggoda dan kekejaman bertebaran merata, tetapi hati dan jiwa masih mengabdi ingati Allah dan Rasulnya.." :)

Thursday 9 February 2012

I Love You Like A Love Song (cover by sami)

nice cover sami! :D
i can't stop hitting repeat button! haha! :D

Chipwrecked!

haha! part ni lawak!
kalau dapat ni aku picit2 sampai mati geram!

Berjimba seketika :P

my face was like ''horror + ugly" it was candid actually -_-" ehheee (tak bajet comel ok)

this is my cousin :) i was with her on that day.. :D
(aku benci gambar yng first, muka aku mcm *****-_-") tpi dh terupload



Louis Vuitton Condom?

$68 for the new Louis Vuitton condoms? Cheaper to have the child...

I don't know maybe they're lack of ideas to design a new handbags hehe :) 

Poems by: Zurinah Hassan

 Masihkah Kau Bermain Seruling?

Masihkah kau bermain seruling ,
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta 
aku semakin terasa bersalah 
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa..

Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur 
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga

Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.

Di sini lah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya... :)